Sunday, October 11, 2009

First-Time Parents


Semalam alhamdulillah saya dan suami berkesempatan mengunjungi BORDERS memandangkan setelah sekian lama teringin nak pergi tapi apakan daya tak larat nak berjalan banyak-banyak..So we decided to buy this book untuk persediaan (~_^) ...

Lagipun buku ni ade gambar-gambar yang agak membantu esp for others yang pertama kali akan bergelar ibu dan ayah..Gambar yang macam mana? first tentula pasal baby yg berada dalam rahim si ibu besar mana pada sekian-sekian peringkat, then sewaktu menghadapi kelahiran apa yang patut pasangan dan si ibu perlu lakukan..seterusnya peringkat-peringkat setelah kelahiran bayi tersebut contoh macam mana nak handle baby tersebut - nak bagi mandi macam mana nak handle, pakai baju and yang paling sweetnye how to massage our baby...and banyak lagi laa...So lets learn and understand it (^_^)

Anyway, thank you very2 much to my hubby for being understanding husband (~_^)

Aku Terima Nikahnya


Assalamualaikum semua...maaf sebab lama betul saya menyepi...actually dah banyak buku yang dah habis dibaca tapi tak sempat-sempat nak war-warkan kat blog ni for review (~_^) ...

Alhamdulillah buku ni actually dah habis baca last year...at that time MasyaAllah susah betul nak dapatkan buku ni asyik habis je..pegi je mana2 kedai semua cakap abis...huhuhuhu...

Akhirnya jumpa juga buku ni kat kedai buku di Pudu Raya...the last book plak tu...

I'll give thumbs up for this book...First time saya baca buku hasil penulis tempatan sendiri yg menulis dengan gaya bahasa seolah-olah dia sedang berbicara secara langsung dengan pembaca...Good Work and credit to Abu Saif..

Actually buku ni bukan untuk golongan-golongan yg nak kawin je tapi untuk semua level pembaca yang ada naluri and perasaan...Penulis juga menggunakan pendekatan ala santai untuk mendekati pembaca dan saya sangat suka cadangkan agar buku ni dijadikan hadiah pada kawan-kawan esp pada yg dah bertunang ke yg pengantin baru ke sebab tak berat nak dijadikan bahan bacaan...

Nape saya cakap tak berat? sebab tak payah pikir banyak formula-formula and just absorb je penulisan and pengalaman penulis tuk dijadikan panduan...itu pendapat saya dan honestly my hubby pun suka....So selamat MEMBACA!!!

Tuesday, November 25, 2008

JALAN DA’WAH ANTARA QIADAH DAN JUNDIYYAH

Jalan Da’wah antara Qiadah dan Jundiyyah, karya Al-Sheikh Mustafa Masyhur yang sempat ana baca dalam kesibukkan ana menyiapkan tugasan harian sebagai hamba Allah yang sentiasa dahagakan ilmu akhirat mahupun dunia. Ana huraikan serba sedikit mengenai buku ini:

Al-Sheikh Mustafa Masyhur adalah merupakan seorang mujahid da’wah yang telah dibimbing dan dididik oleh Al Syeikh Hassan Al Banna, pengasas gerakan Islam Al Ikhwanul Muslimin. Penulisan beliau di dalam buku ini merupakan pesanan dan peringatan buat para pemimpin dan para penyokong da’wah.

Pada permulaannya beliau menghuraikan tentang betapa besarnya tanggungjawab dan betapa beratnya amanah yang ditanggung oleh pimpinan dalam jama’ah.

Pada huraian berikutnya diletakkan sepuluh perkara asas yang perlu ada pada pemimpin atau mas’ul haraki yang antaranya merangkumi kejujuran dan keikhlasan, rasa sensitif terhadap pengawasan Allah yang berterusan kepadanya, bertawakal pada-Nya, mempunyai rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap amanah yang dipegangnya, tarbiyyah keimanan yang kuat, ukhuwah fillah (persaudaran kerana Allah), saling tolong menolong dan sebagainya. Juga turut ditekankan sifat-sifat dan akhlak yang perlu ada pada pimpinan mahupun pihak yang bertanggungjawab termasuklah tatacara dan adab di antara pemimpin dan anggota yang dipimpin atau al-jund di bawah tarbiyyahnya.

InsyaAllah, semoga penulisan beliau menjadi garis panduan kepada kita semua sebagai para pendokong da’wah Islam dalam menyelaraskan kefahaman dan menyatukan kerja-kerja Islami dengan lebih berkesan agar lahirlah buah-buah tarbiyyah yang kelak dapat dipetik dan diteladani oleh generasi-generasi yang bakal meneruskan perjuangan kita semua. Amiin…

Ana petik kata-kata As Syahid Al Sheikh Hassan Al Banna dalam pengertian manhaj, pimpinan dan tentera (anggota) :

"Kajilah kembali sejarah semua pertubuhan dan bangsa-bangsa, kamu akan dapati bahawa asas kejayaan, kebangkitan dan pembangunannya ialah dengan adanya manhaj yang tertentu dan adanya satu kumpulan manusia yang berusaha di dalam batas-batas manhaj itu. Mereka ini tidak jemu-jemu berusaha terus-menerus untuk mencapai tujuan mereka dan tetap taat kepada pemimpin mereka. Demikian juga setiap langkah yang telah dilakukan oleh da’wah Islam yang pertama di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W adalah menurut tabiat ini. Sesungguhnya Alla S.W.T telah meletakkan satu manhaj yang khusus untuk Rasulullah S.A.W berjalan bersama jama’ah Muslimin pertama kepadanya. Da’wah secara rahsia pada peringkat permulaannya, diikuti dengan berda’wah secara terus terang dan akhirnya tidak jemu-jemu berjihad di jalannya. Kemudian mereka berhijrah ke Madinah tempat yang mempunyai hati-hati yang subur dan jiwa yang bersedia untuk membela Islam. Di situ baginda mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar dan mengukuhkan ikatan tali iman di hati-hati mereka. Akhir sekali jihad dan perjuangan menentang kebatilan untuk kemenangan Al Hak.”

Monday, October 6, 2008

Ketika Cinta Bertasbih Episod 2

Illustration kat atas ni versi asal. Ana still dalam proses continue baca versi asal. Versi terjemahan alhamdulillah dah selesai ana baca episod 1 dan 2. Thumbs up utk novel ni. This month ana busy sket jadi tak sempat nak type dan buat summary hasil dari pembacaan.

Serba sedikit pasal novel ni yg menarik bagi ana:

  1. Betapa cantiknya susunan atau aturan Allah dalam kehidupan hamba-hamba-Nya.
  2. Pengorbanan seorang abang dalam menyara keluarga.

dan banyak lagi. Watak-watak dalam novel ni; Khairul Azzam, Anna, Furqan, Husna dan ramai lagi. Macam novel-novel yang telah dihasilkan oleh penulis - novel Ketika Cinta Bertasbih juga merupakan combination of Islamic Novel, Love Story Novel and Cultural Novel. Memperlihatkan budaya masyarakat am dan sebagainya.

Sunday, September 14, 2008

Beginilah Rasulullah S.A.W Mengajari Kami

Tajuk asal buku “Beginilah Rasulullah S.A.W Mengajari Kami” ialah “Hakadza ‘Allamana An-Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam” oleh Syaikh Khumais As Sa’id. Alhamdulillah walaupun buku ini diterjemah ke edisi Indonesia tetapi bahasanya masih boleh difahami.

Ana mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ni untuk memahami dan menghayati bagaimana Rasulullah S.A.W mengajari kita berakhlak mulia. Sesungguhnya sangat indah dan mulia budi pekerti junjungan mulia kita, Nabi Muhammad S.A.W. Ditegaskan lagi betapa indahnya akhlak baginda:

Ketika Qatadah Radhiyallahu ‘Anhu bertanya kepada Saidatina ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, “Wahai Ummul Mukminin! Beritahukanlah aku bagaimana akhlak Rasulullah S.A.W.” ‘Aisyah berkata, “Tidakkah engkau membaca Al-Qur’an?” Qatadah menjawab, “Ya.” ‘Aisyah berkata, “Sungguh akhlak Nabi S.A.W adalah Al-Qur’an.” [Hadith Riwayat Muslim]

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah Suri Tauladan yang cukup sempurna bagi kita semua. Subhanallah. Firman Allah S.W.T,

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” [QS33. Al Ahzab:21]

Banyak yang boleh kita perolehi dan pelajari dari buku ini dalam usaha membentuk peribadi dan akhlak mulia seiring dengan perilaku baginda S.A.W. Bagaimana kita harus berakhlak mulia dengan Maha Pencipta, Allah S.W.T; sesama manusia tanpa mengira latar belakang hatta agama sekalipun; terhadap binatang bahkan kepada alam sekeliling kita. Ayat-ayat Allah serta sabda-sabda baginda bagaikan berbicara, menegur dan mengingatkan agar kembali pada sebaik-baik akhlak dan contoh ikutan.

Insya Allah buku ini boleh dijadikan sebagai panduan dan pedoman hidup bagi kita semua dalam usaha untuk membentuk budi pekerti mulia. Siapa yang tidak ingin dicintai dan dekat pada Kekasih-Nya? Sudah tentu kita semua berkehendakkan dekat dan dicintai oleh Kekasih-Nya dan juga Al-Khaliq. Selamat Membaca wahai saudara-saudaraku…

Thursday, September 11, 2008

HONEYBEES : That Build Perfect Combs



Hasil karya Harun Yahya yang bertajuk "HONEYBEES: That Build Perfect Combs” atau dalam terjemahan melayunya bertajuk "LEBAH MADU: Pembina Sarang yang Sempurna”. Actually buku ni untuk kanak-kanak untuk memahami ciptaan-ciptaan Allah sambil berfikir but ana rasa berguna juga untuk semua peringkat umur. Atleast kita juga dibawa untuk berfikir dan mengaitkan pada Yang Maha Berkuasa yang menciptakan setiap makhluk yang ada di bumi dengan peranan masing-masing.

Yang bergelar ibu dan ayah boleh jadikan buku ni sebagai bahan ilmiah untuk anak-anak atau sebagai story bedtime waktu nak tidurkan mereka. Di taska dan program-program aulad juga buku ini boleh di aplikasikan.

Ia mengisahkan tentang pertemuan Omar dengan seekor lebah madu sewaktu Omar sedang berjoging di hutan. Dari situ bermulalah dialog di antara mereka berdua hingga membawa kepada pertemuan yang kedua. Ana rasa semua biasa tengok BEE Movie kan? Tapi buku ini lebih banyak yang dapat kita pelajari - tentang bagaimana Maha Berkuasanya Allah mengilhamkan sekecil-kecil makhluk ciptaan-Nya untuk membina sarang yang tersusun dan sistematik dengan penglibatan matematik, kimia dang kejuruteraan; tanpa penglibatan sebarang alat bantuan seperti yang manusia gunakan. Allah S.W.T berfirman:



وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (٦٨)ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩


"dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir." [QS16. An-Nahl: 68-69]

Allah juga ilhamkan mereka menjaga kebersihan sarang mereka dengan ’propolis’. Subhanallah...Nak tau ’propolis’ tu apa? Apa kata jom baca buku ni...

Buku ni boleh didapati di laman web Harun Yahya sendiri dalam bentuk softcopy samada dalam format *.pdf mahupun Microsoft word. Insya Allah boleh diperolehi dalam pelbagai terjemahan bahasa. Bagi yang mungkin lebih suka membaca dalam bentuk hardcopy, Insya Allah boleh perolehi di toko-toko buku atau boleh order online di laman web Harun Yahya sendiri tidak pun save dalam bentuk softcopy kemudian print.

Wednesday, September 10, 2008

Stories of New Muslims

“Stories of New Muslims” menceritakan bagaimana dan mengapa 26 orang saudara kita revert to Islam. Bagaimana pencarian mereka dalam mencari kebenaran mengenai Tuhan, agama yang benar, cara hidup yang membawa kepada ketenangan dan sebagainya.

Kebanyakan mereka berasal dari keluarga yang beragama kristian, ada yang berasal dari Judaism dan ada yang merupakan atheis. Subhanallah cantiknya susunan Allah S.W.T ke atas setiap hamba-hamba-Nya yang berhajatkan kepada kebenaran. 26 orang saudara seIslam kita terdiri dari 15 orang muslimah dan 11 orang muslimin iaitu:

Sisters

Ms. Afrah Alshaibani
C. Huda Dodge
Um-Khalthum (Celine)
Ms. Helena
Ms. Jewelle
Ms. Kaci Starbuck
Ms. Karima Slack Razi
A Canadian Woman (tidak dinyatakan namanya)
Ms. Malaak
Michelle
Ms. Natassia M Kelly
Sister Penomee
Mrs. Shariffa Carlo
Ms. Sumaya Fannoun/Erin
Ms. Themise Cruz

Brothers

Mr. Christopher Shelton
Mr. David Pradarelli
Mr. Ibrahim Karlsson
Mr. Kusmari Rendrabwana
Mr. Malik Hassan
Mr. Michael Yip
Mr. Nuh Keller
Mr. Rob Wicks
Mr. Samir
Mr. Yahiye Adam Gadahn
Mr. Yusuf Islam ( formerly known as Cat Stevens

Buku ni setebal 114 muka surat, buku percuma yang di edarkan oleh ’Conveying Islamic Message Society’, Mesir. Tapi buku ni ana download dalam bentuk pdf format dari laman web Scribd. Boleh click kat gambar di atas untuk download.