Tuesday, November 25, 2008

JALAN DA’WAH ANTARA QIADAH DAN JUNDIYYAH

Jalan Da’wah antara Qiadah dan Jundiyyah, karya Al-Sheikh Mustafa Masyhur yang sempat ana baca dalam kesibukkan ana menyiapkan tugasan harian sebagai hamba Allah yang sentiasa dahagakan ilmu akhirat mahupun dunia. Ana huraikan serba sedikit mengenai buku ini:

Al-Sheikh Mustafa Masyhur adalah merupakan seorang mujahid da’wah yang telah dibimbing dan dididik oleh Al Syeikh Hassan Al Banna, pengasas gerakan Islam Al Ikhwanul Muslimin. Penulisan beliau di dalam buku ini merupakan pesanan dan peringatan buat para pemimpin dan para penyokong da’wah.

Pada permulaannya beliau menghuraikan tentang betapa besarnya tanggungjawab dan betapa beratnya amanah yang ditanggung oleh pimpinan dalam jama’ah.

Pada huraian berikutnya diletakkan sepuluh perkara asas yang perlu ada pada pemimpin atau mas’ul haraki yang antaranya merangkumi kejujuran dan keikhlasan, rasa sensitif terhadap pengawasan Allah yang berterusan kepadanya, bertawakal pada-Nya, mempunyai rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap amanah yang dipegangnya, tarbiyyah keimanan yang kuat, ukhuwah fillah (persaudaran kerana Allah), saling tolong menolong dan sebagainya. Juga turut ditekankan sifat-sifat dan akhlak yang perlu ada pada pimpinan mahupun pihak yang bertanggungjawab termasuklah tatacara dan adab di antara pemimpin dan anggota yang dipimpin atau al-jund di bawah tarbiyyahnya.

InsyaAllah, semoga penulisan beliau menjadi garis panduan kepada kita semua sebagai para pendokong da’wah Islam dalam menyelaraskan kefahaman dan menyatukan kerja-kerja Islami dengan lebih berkesan agar lahirlah buah-buah tarbiyyah yang kelak dapat dipetik dan diteladani oleh generasi-generasi yang bakal meneruskan perjuangan kita semua. Amiin…

Ana petik kata-kata As Syahid Al Sheikh Hassan Al Banna dalam pengertian manhaj, pimpinan dan tentera (anggota) :

"Kajilah kembali sejarah semua pertubuhan dan bangsa-bangsa, kamu akan dapati bahawa asas kejayaan, kebangkitan dan pembangunannya ialah dengan adanya manhaj yang tertentu dan adanya satu kumpulan manusia yang berusaha di dalam batas-batas manhaj itu. Mereka ini tidak jemu-jemu berusaha terus-menerus untuk mencapai tujuan mereka dan tetap taat kepada pemimpin mereka. Demikian juga setiap langkah yang telah dilakukan oleh da’wah Islam yang pertama di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W adalah menurut tabiat ini. Sesungguhnya Alla S.W.T telah meletakkan satu manhaj yang khusus untuk Rasulullah S.A.W berjalan bersama jama’ah Muslimin pertama kepadanya. Da’wah secara rahsia pada peringkat permulaannya, diikuti dengan berda’wah secara terus terang dan akhirnya tidak jemu-jemu berjihad di jalannya. Kemudian mereka berhijrah ke Madinah tempat yang mempunyai hati-hati yang subur dan jiwa yang bersedia untuk membela Islam. Di situ baginda mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar dan mengukuhkan ikatan tali iman di hati-hati mereka. Akhir sekali jihad dan perjuangan menentang kebatilan untuk kemenangan Al Hak.”

0 comments: