Friday, August 29, 2008

Who Moved My Cheese?

“Who Moved My Cheese?” merupakan salah satu kategori buku motivasi. Ana biasanya mencari buku-buku motivasi untuk dibaca bila ketandusan idea especially bila nak tulis kertas kerja or nak buat programming. Sebagai inspirasi dan tuk naikkan semangat dalam buat kerja. “Who Moved My Cheese?” ni sebenarnya menceritakan pasal 4 karakter yang bernama Sniff, Scurry, Haw dan Hem yang keja mereka ni setiap hari cari special cheese. Perjalanan kisah karakter-karakter ni la banyak yang dapat kita pelajari. Antaranya:

Bagaimana kita perlu berubah mengikut situasi dan keadaan semasa?
Bagaimana mengatasi rasa takut bila berhadapan dengan situasi-situasi yang sedang berlaku dan bakal berlaku samada dalam kerjaya kita ke dalam kehidupan kita ke atau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Bersediakah kita berhadapan dengan sebarang perubahan dalam kehidupan kita?
Adakah kita masih nak berada di tapuk lama atau kita berubah mengikut situasi dan menjadikan situasi itu lebih menarik?

Banyak yang boleh di ambil pedoman dari buku motivasi ni. Alhamdulillah, rasa bersemangat nak continue kerja. Good Luck for everyone!

Pastikan jangan lupa check diri kita pada kedudukan siapa. Si Sniff ke Si Scurry ke Si Haw ke Si Hem?

“Life is no straight and every corridor along
which we travel isn’t free and unhampered,
but is a maze of passages,
through which we must seek our way,
lost and confused, now and again
checked in a blind alley.

But always, if we have faith,
God will open a door for us,
Not perhaps one that we ourselves
would ever have thought of,
But one that will ultimately
prove good for us.”



A. J. Cronin

Duhai Teman Sejatiku…


Buku comel yang sarat dengan santapan rohani buat teman sejati nukilan Fatimah Syarha sangat menyentuh hati. Walaupun diulang-ulang tidak terasa jemu, seolah-olah teman sejati berkata-kata denganku. Apa yang tercatat di dalam buku ini juga turut terkandung dalam novel ”Tautan Hati” nukilan sahabiah yang daku cintai, Fatimah Syarha. Ana petik secebis doa yang tercatat buat semua teman sejatiku di luar sana. Teman sejati yang sentiasa dirindui dan diingati...



"Ya Allah
Tatkala bahang Mahsyar-Mu
Menjilat Tubuh
Izinkan kami sama-sama berteduh
Tatkala mizan-Mu teliti mengira
Beratkan neracanya atas setiap jasa
Naungi kami di sana
Berkat kasih kerana-Mu semata
Andai kulayak ke syurga
Ku pinta dia bersama.”

Monday, August 18, 2008

SYABAB Musafir Kasih

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah akhirnya dapat juga ana miliki novel karya sahabiah yg sgt ana rindui, Fatimah Syarha. Dalam perjalanan menemui 'rinduku', Fatimah Syarha; ana dihadiahkan novel ni oleh si penulis. Jazakillah ya Ha.
Alhamdulillah hari 14.8.2008, ana habiskan pembacaan novel "SYABAB Musafir Kasih" yang sarat dengan pengajaran, kasih sayang, unsur2 agama;dakwah dan tarbiyah dll.
Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim yang bernama Syabab yang penuh onak dan duri. Kehidupannya menjadikan dia tabah dan matang. Walaupun dicaci, dihina namun masih ada yang sudi menyayangi dirinya. Nur Mumtazah, seorang penuntut universiti tempatan yg juga jiran Syabab; tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar padanya.
Acapkali perhatian yang diberikan pada Syabab membuatkan adik kandung Nur Mumtazah, Najihah cemburu dan iri hati. Sikapnya terbawa-bawa hingga dia melanjutkan pelajaran ke bumi Damsyik.
Sesungguhnya hati kita semua milik Allah. Akhirnya perasaan benci Najihah pada Syabab bertukar kepada sebaliknya. Teringat ana pada kata-kata Saidina Umar Al-Khattab (tak silap ana, tolong betulkan kalau salah) lebih kurang begini bunyinya, "Bencilah kita pada seseorang itu sekadarnya dan begitu juga sayang kita pada seseorang; kerana jika kita terlalu membenci seseorang itu boleh jadi suatu hari kita akan menyayanginya.." Wallahu'alam..
Siapakah pilihan Syabab sebagai suri hidup serta teman seperjalanan dalam meneruskan dakwah dan tarbiyahnya pada masyarakat kampung? Najihah atau cucu Syeikh Sobir, Hunaidah (gadis kota Damsyik)?
Ana tak nak hurai lebih-lebih nanti hilang feel pembaca..Walaupun novel ini bisu tetapi sebenarnya seolah-olah berkata-kata dengan pembaca..Tersentuh hati ana..
Ana tujukan puisi dari kota Damsyik, khas buat semua Syabab (Pemuda) di bumi Allah. Moga puisi nukilan sahabiah yang ana cintai, Fatimah Syarha ketika di Syria menjadi pedoman dan titik perubahan buat semua yang bergelar Lelaki:
LELAKI...
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Assadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama.
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.
Srikandi,
Damsyik, Syria.

Sunday, August 10, 2008

Tautan Hati

Alhamdulillah selesai jua ana membaca novel islami, Tautan Hati. Sepanjang pembacaan novel penulis banyak membuatkan bibir ana sentiasa berzikir pada-Nya. Subhanallah seolah-olah ana berada di Ma’had AtTarbiyah al-Islamiyah bila di gambarkan sedikit sebanyak suasana Sekolah Menengah Taman Islam. Penyampaian Dr.Izzul buatkan ana terasa mendengar penyampaian Bro.Azman. Dan banyak lagi.

Penulis yang ana cintai, Fatimah Syarha menggambarkan realiti sebenar yang berlaku di sekitar kita. Memandangkan penulis merupakan pelajar pengkhususan psikologi so sedikit sebanyak ada penghuraian mengenai psikologi. Tapi menarik, terdapat juga ilmu perbandingan agama di selit-selit, cara-cara seorang da’ie mendekati mad’unya, adab-adab kehidupan seharian, pemilihan calon suami mahupun isteri mengikut sunnah Rasulullah SAW dan sebagainya.

Yang paling utama ialah ukhuwahfillah. Bila semuanya kerana Allah; bertemu tidak jemu, berpisah tidak akan gelisah. Indahnya ukhuwah kerana Allah. Surat Elya Khadeeja buat Asiah Yusra dalam menghadapi cabaran dakwah membuat hati ana tersentuh:

TAMAN ISLAMKU

Ku renungi hari-hari esok di Taman Islam ini kian suram dan penuh persoalan. Terasa dahsyatnya gegaran yan melanda di taman indah milik kita ini. Ada nada kesal sering bertamu di hati. Cemas dengan keasyikan dan kealpaan kita melewati hari-hari yang berlalu tanpa henti, hinggakan kita menjadi generasi Taman Islam yang kian runtuh. Ke manakah hilangnya kekuatan mujahadah yang sering kita tuturkan?
Mengapa kita tidak bisa memelihara kemeriahan taman ini dengan kesuburan nur iman dan ukhuwah? Malah kita hanya perlu untuk meneruskannya bukan seperit untuk mewujudkannya seperti generasi awal terdahulu. Hari semakin hari, kita semakin jauh dari Ilahi. Kemegahan kita sebagai genereasi yang berpegang pada kalimah ar-Rahman selama ini, bisa lenyap dan berkubur entah esok atau lusa, malah hanya dalam sekelip mata.
Entah bila persoalanku ini bisa terurai. Selagi qudwah hasanah tidak menjadi mahkota kebanggaan kita, selagi itulah Taman Islam ini akan terus hilang identitinya, runtuh dan kian runtuh! Kenapa hari ini taqwa bukan lagi pakaian kita? Malu bukan lagi hiasan dan ilmu bukan lagi hasil kita? Adakan semua ini sudah tidak cocok dengan naluri kita yang hidup dalam arus globalisasi? Tidakkah kita sedar, nilai-nilai yang ada di sini menepati nilai-nilai Islam. Ketahuilah, nilai-nilai Islam adalah nilai-nilai yang terus unggul untuk dipertahankan hingga ke akhir zaman biar sehebat mana pun zaman berubah.
Siapa lagi yang harus mengubah kemelut penghuni Islam yang sudah kurang mngenali identiti Islaminya? Mampukah helaian bisu ini mengubah keadaan? Jawapan bagi persoalan ini ada pada diri kita sendiri. Malulah kepada Allah kerana sanggup mencalitkan najis ke taman kudus ini dengan mengasingkan diri dari etika Islam yang diperjuangkan. Sanggupkah kita menjadi golongan peruntuh itu?
Sedarlah ikhwah dan akhowat,
Generasi Taman Islam adalah generasi pembentuk keperibadian Islam dalam masyarakat nanti. Masyarakat memerlukan sumbangan kita. Kalaulah generasi da’ie seperti kita turut lemas dan terumbang-ambing dengan kemelut nafsu dan syaitan sebagai penasihatnya, bagaimana kita mampu membina kecemerlangan sebuah masyarakat berperibadi Islam? Siapakah yang harus mereka contohi?
Kita tidak mahu masyarakat kita nanti, cemerlang akademik dan ekonominya sahaja namun kontang dari segi iman dan akhlak. Jika perkara bergini terjadi, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat Islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. Masakan tidak, jika asas pentarbiahan umat Islam serapuh ini, impian hanya akan tinggal mimpi.
Mungkinkah pada hari esok masih menjanjikan sinar untuk kita menggembalikan kegemilangan Taman Islam. Kalu bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan di dini di mana lagi?

Elya Khadeeja.


Thanks Sahabiah yang daku cintai, Fatimah Syarha. Selamat membaca buat semua.