Sunday, August 10, 2008

Tautan Hati

Alhamdulillah selesai jua ana membaca novel islami, Tautan Hati. Sepanjang pembacaan novel penulis banyak membuatkan bibir ana sentiasa berzikir pada-Nya. Subhanallah seolah-olah ana berada di Ma’had AtTarbiyah al-Islamiyah bila di gambarkan sedikit sebanyak suasana Sekolah Menengah Taman Islam. Penyampaian Dr.Izzul buatkan ana terasa mendengar penyampaian Bro.Azman. Dan banyak lagi.

Penulis yang ana cintai, Fatimah Syarha menggambarkan realiti sebenar yang berlaku di sekitar kita. Memandangkan penulis merupakan pelajar pengkhususan psikologi so sedikit sebanyak ada penghuraian mengenai psikologi. Tapi menarik, terdapat juga ilmu perbandingan agama di selit-selit, cara-cara seorang da’ie mendekati mad’unya, adab-adab kehidupan seharian, pemilihan calon suami mahupun isteri mengikut sunnah Rasulullah SAW dan sebagainya.

Yang paling utama ialah ukhuwahfillah. Bila semuanya kerana Allah; bertemu tidak jemu, berpisah tidak akan gelisah. Indahnya ukhuwah kerana Allah. Surat Elya Khadeeja buat Asiah Yusra dalam menghadapi cabaran dakwah membuat hati ana tersentuh:

TAMAN ISLAMKU

Ku renungi hari-hari esok di Taman Islam ini kian suram dan penuh persoalan. Terasa dahsyatnya gegaran yan melanda di taman indah milik kita ini. Ada nada kesal sering bertamu di hati. Cemas dengan keasyikan dan kealpaan kita melewati hari-hari yang berlalu tanpa henti, hinggakan kita menjadi generasi Taman Islam yang kian runtuh. Ke manakah hilangnya kekuatan mujahadah yang sering kita tuturkan?
Mengapa kita tidak bisa memelihara kemeriahan taman ini dengan kesuburan nur iman dan ukhuwah? Malah kita hanya perlu untuk meneruskannya bukan seperit untuk mewujudkannya seperti generasi awal terdahulu. Hari semakin hari, kita semakin jauh dari Ilahi. Kemegahan kita sebagai genereasi yang berpegang pada kalimah ar-Rahman selama ini, bisa lenyap dan berkubur entah esok atau lusa, malah hanya dalam sekelip mata.
Entah bila persoalanku ini bisa terurai. Selagi qudwah hasanah tidak menjadi mahkota kebanggaan kita, selagi itulah Taman Islam ini akan terus hilang identitinya, runtuh dan kian runtuh! Kenapa hari ini taqwa bukan lagi pakaian kita? Malu bukan lagi hiasan dan ilmu bukan lagi hasil kita? Adakan semua ini sudah tidak cocok dengan naluri kita yang hidup dalam arus globalisasi? Tidakkah kita sedar, nilai-nilai yang ada di sini menepati nilai-nilai Islam. Ketahuilah, nilai-nilai Islam adalah nilai-nilai yang terus unggul untuk dipertahankan hingga ke akhir zaman biar sehebat mana pun zaman berubah.
Siapa lagi yang harus mengubah kemelut penghuni Islam yang sudah kurang mngenali identiti Islaminya? Mampukah helaian bisu ini mengubah keadaan? Jawapan bagi persoalan ini ada pada diri kita sendiri. Malulah kepada Allah kerana sanggup mencalitkan najis ke taman kudus ini dengan mengasingkan diri dari etika Islam yang diperjuangkan. Sanggupkah kita menjadi golongan peruntuh itu?
Sedarlah ikhwah dan akhowat,
Generasi Taman Islam adalah generasi pembentuk keperibadian Islam dalam masyarakat nanti. Masyarakat memerlukan sumbangan kita. Kalaulah generasi da’ie seperti kita turut lemas dan terumbang-ambing dengan kemelut nafsu dan syaitan sebagai penasihatnya, bagaimana kita mampu membina kecemerlangan sebuah masyarakat berperibadi Islam? Siapakah yang harus mereka contohi?
Kita tidak mahu masyarakat kita nanti, cemerlang akademik dan ekonominya sahaja namun kontang dari segi iman dan akhlak. Jika perkara bergini terjadi, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat Islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. Masakan tidak, jika asas pentarbiahan umat Islam serapuh ini, impian hanya akan tinggal mimpi.
Mungkinkah pada hari esok masih menjanjikan sinar untuk kita menggembalikan kegemilangan Taman Islam. Kalu bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan di dini di mana lagi?

Elya Khadeeja.


Thanks Sahabiah yang daku cintai, Fatimah Syarha. Selamat membaca buat semua.

0 comments: