Alhamdulillah akhirnya dapat juga ana miliki novel karya sahabiah yg sgt ana rindui, Fatimah Syarha. Dalam perjalanan menemui 'rinduku', Fatimah Syarha; ana dihadiahkan novel ni oleh si penulis. Jazakillah ya Ha.
Alhamdulillah hari 14.8.2008, ana habiskan pembacaan novel "SYABAB Musafir Kasih" yang sarat dengan pengajaran, kasih sayang, unsur2 agama;dakwah dan tarbiyah dll.
Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim yang bernama Syabab yang penuh onak dan duri. Kehidupannya menjadikan dia tabah dan matang. Walaupun dicaci, dihina namun masih ada yang sudi menyayangi dirinya. Nur Mumtazah, seorang penuntut universiti tempatan yg juga jiran Syabab; tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar padanya.
Acapkali perhatian yang diberikan pada Syabab membuatkan adik kandung Nur Mumtazah, Najihah cemburu dan iri hati. Sikapnya terbawa-bawa hingga dia melanjutkan pelajaran ke bumi Damsyik.
Sesungguhnya hati kita semua milik Allah. Akhirnya perasaan benci Najihah pada Syabab bertukar kepada sebaliknya. Teringat ana pada kata-kata Saidina Umar Al-Khattab (tak silap ana, tolong betulkan kalau salah) lebih kurang begini bunyinya, "Bencilah kita pada seseorang itu sekadarnya dan begitu juga sayang kita pada seseorang; kerana jika kita terlalu membenci seseorang itu boleh jadi suatu hari kita akan menyayanginya.." Wallahu'alam..
Siapakah pilihan Syabab sebagai suri hidup serta teman seperjalanan dalam meneruskan dakwah dan tarbiyahnya pada masyarakat kampung? Najihah atau cucu Syeikh Sobir, Hunaidah (gadis kota Damsyik)?
Ana tak nak hurai lebih-lebih nanti hilang feel pembaca..Walaupun novel ini bisu tetapi sebenarnya seolah-olah berkata-kata dengan pembaca..Tersentuh hati ana..
Ana tujukan puisi dari kota Damsyik, khas buat semua Syabab (Pemuda) di bumi Allah. Moga puisi nukilan sahabiah yang ana cintai, Fatimah Syarha ketika di Syria menjadi pedoman dan titik perubahan buat semua yang bergelar Lelaki:
LELAKI...
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Assadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama.
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.
Srikandi,
Damsyik, Syria.
0 comments:
Post a Comment