Tuesday, November 25, 2008

JALAN DA’WAH ANTARA QIADAH DAN JUNDIYYAH

Jalan Da’wah antara Qiadah dan Jundiyyah, karya Al-Sheikh Mustafa Masyhur yang sempat ana baca dalam kesibukkan ana menyiapkan tugasan harian sebagai hamba Allah yang sentiasa dahagakan ilmu akhirat mahupun dunia. Ana huraikan serba sedikit mengenai buku ini:

Al-Sheikh Mustafa Masyhur adalah merupakan seorang mujahid da’wah yang telah dibimbing dan dididik oleh Al Syeikh Hassan Al Banna, pengasas gerakan Islam Al Ikhwanul Muslimin. Penulisan beliau di dalam buku ini merupakan pesanan dan peringatan buat para pemimpin dan para penyokong da’wah.

Pada permulaannya beliau menghuraikan tentang betapa besarnya tanggungjawab dan betapa beratnya amanah yang ditanggung oleh pimpinan dalam jama’ah.

Pada huraian berikutnya diletakkan sepuluh perkara asas yang perlu ada pada pemimpin atau mas’ul haraki yang antaranya merangkumi kejujuran dan keikhlasan, rasa sensitif terhadap pengawasan Allah yang berterusan kepadanya, bertawakal pada-Nya, mempunyai rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap amanah yang dipegangnya, tarbiyyah keimanan yang kuat, ukhuwah fillah (persaudaran kerana Allah), saling tolong menolong dan sebagainya. Juga turut ditekankan sifat-sifat dan akhlak yang perlu ada pada pimpinan mahupun pihak yang bertanggungjawab termasuklah tatacara dan adab di antara pemimpin dan anggota yang dipimpin atau al-jund di bawah tarbiyyahnya.

InsyaAllah, semoga penulisan beliau menjadi garis panduan kepada kita semua sebagai para pendokong da’wah Islam dalam menyelaraskan kefahaman dan menyatukan kerja-kerja Islami dengan lebih berkesan agar lahirlah buah-buah tarbiyyah yang kelak dapat dipetik dan diteladani oleh generasi-generasi yang bakal meneruskan perjuangan kita semua. Amiin…

Ana petik kata-kata As Syahid Al Sheikh Hassan Al Banna dalam pengertian manhaj, pimpinan dan tentera (anggota) :

"Kajilah kembali sejarah semua pertubuhan dan bangsa-bangsa, kamu akan dapati bahawa asas kejayaan, kebangkitan dan pembangunannya ialah dengan adanya manhaj yang tertentu dan adanya satu kumpulan manusia yang berusaha di dalam batas-batas manhaj itu. Mereka ini tidak jemu-jemu berusaha terus-menerus untuk mencapai tujuan mereka dan tetap taat kepada pemimpin mereka. Demikian juga setiap langkah yang telah dilakukan oleh da’wah Islam yang pertama di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W adalah menurut tabiat ini. Sesungguhnya Alla S.W.T telah meletakkan satu manhaj yang khusus untuk Rasulullah S.A.W berjalan bersama jama’ah Muslimin pertama kepadanya. Da’wah secara rahsia pada peringkat permulaannya, diikuti dengan berda’wah secara terus terang dan akhirnya tidak jemu-jemu berjihad di jalannya. Kemudian mereka berhijrah ke Madinah tempat yang mempunyai hati-hati yang subur dan jiwa yang bersedia untuk membela Islam. Di situ baginda mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar dan mengukuhkan ikatan tali iman di hati-hati mereka. Akhir sekali jihad dan perjuangan menentang kebatilan untuk kemenangan Al Hak.”

Monday, October 6, 2008

Ketika Cinta Bertasbih Episod 2

Illustration kat atas ni versi asal. Ana still dalam proses continue baca versi asal. Versi terjemahan alhamdulillah dah selesai ana baca episod 1 dan 2. Thumbs up utk novel ni. This month ana busy sket jadi tak sempat nak type dan buat summary hasil dari pembacaan.

Serba sedikit pasal novel ni yg menarik bagi ana:

  1. Betapa cantiknya susunan atau aturan Allah dalam kehidupan hamba-hamba-Nya.
  2. Pengorbanan seorang abang dalam menyara keluarga.

dan banyak lagi. Watak-watak dalam novel ni; Khairul Azzam, Anna, Furqan, Husna dan ramai lagi. Macam novel-novel yang telah dihasilkan oleh penulis - novel Ketika Cinta Bertasbih juga merupakan combination of Islamic Novel, Love Story Novel and Cultural Novel. Memperlihatkan budaya masyarakat am dan sebagainya.

Sunday, September 14, 2008

Beginilah Rasulullah S.A.W Mengajari Kami

Tajuk asal buku “Beginilah Rasulullah S.A.W Mengajari Kami” ialah “Hakadza ‘Allamana An-Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam” oleh Syaikh Khumais As Sa’id. Alhamdulillah walaupun buku ini diterjemah ke edisi Indonesia tetapi bahasanya masih boleh difahami.

Ana mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ni untuk memahami dan menghayati bagaimana Rasulullah S.A.W mengajari kita berakhlak mulia. Sesungguhnya sangat indah dan mulia budi pekerti junjungan mulia kita, Nabi Muhammad S.A.W. Ditegaskan lagi betapa indahnya akhlak baginda:

Ketika Qatadah Radhiyallahu ‘Anhu bertanya kepada Saidatina ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, “Wahai Ummul Mukminin! Beritahukanlah aku bagaimana akhlak Rasulullah S.A.W.” ‘Aisyah berkata, “Tidakkah engkau membaca Al-Qur’an?” Qatadah menjawab, “Ya.” ‘Aisyah berkata, “Sungguh akhlak Nabi S.A.W adalah Al-Qur’an.” [Hadith Riwayat Muslim]

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah Suri Tauladan yang cukup sempurna bagi kita semua. Subhanallah. Firman Allah S.W.T,

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” [QS33. Al Ahzab:21]

Banyak yang boleh kita perolehi dan pelajari dari buku ini dalam usaha membentuk peribadi dan akhlak mulia seiring dengan perilaku baginda S.A.W. Bagaimana kita harus berakhlak mulia dengan Maha Pencipta, Allah S.W.T; sesama manusia tanpa mengira latar belakang hatta agama sekalipun; terhadap binatang bahkan kepada alam sekeliling kita. Ayat-ayat Allah serta sabda-sabda baginda bagaikan berbicara, menegur dan mengingatkan agar kembali pada sebaik-baik akhlak dan contoh ikutan.

Insya Allah buku ini boleh dijadikan sebagai panduan dan pedoman hidup bagi kita semua dalam usaha untuk membentuk budi pekerti mulia. Siapa yang tidak ingin dicintai dan dekat pada Kekasih-Nya? Sudah tentu kita semua berkehendakkan dekat dan dicintai oleh Kekasih-Nya dan juga Al-Khaliq. Selamat Membaca wahai saudara-saudaraku…

Thursday, September 11, 2008

HONEYBEES : That Build Perfect Combs



Hasil karya Harun Yahya yang bertajuk "HONEYBEES: That Build Perfect Combs” atau dalam terjemahan melayunya bertajuk "LEBAH MADU: Pembina Sarang yang Sempurna”. Actually buku ni untuk kanak-kanak untuk memahami ciptaan-ciptaan Allah sambil berfikir but ana rasa berguna juga untuk semua peringkat umur. Atleast kita juga dibawa untuk berfikir dan mengaitkan pada Yang Maha Berkuasa yang menciptakan setiap makhluk yang ada di bumi dengan peranan masing-masing.

Yang bergelar ibu dan ayah boleh jadikan buku ni sebagai bahan ilmiah untuk anak-anak atau sebagai story bedtime waktu nak tidurkan mereka. Di taska dan program-program aulad juga buku ini boleh di aplikasikan.

Ia mengisahkan tentang pertemuan Omar dengan seekor lebah madu sewaktu Omar sedang berjoging di hutan. Dari situ bermulalah dialog di antara mereka berdua hingga membawa kepada pertemuan yang kedua. Ana rasa semua biasa tengok BEE Movie kan? Tapi buku ini lebih banyak yang dapat kita pelajari - tentang bagaimana Maha Berkuasanya Allah mengilhamkan sekecil-kecil makhluk ciptaan-Nya untuk membina sarang yang tersusun dan sistematik dengan penglibatan matematik, kimia dang kejuruteraan; tanpa penglibatan sebarang alat bantuan seperti yang manusia gunakan. Allah S.W.T berfirman:



وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (٦٨)ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩


"dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir." [QS16. An-Nahl: 68-69]

Allah juga ilhamkan mereka menjaga kebersihan sarang mereka dengan ’propolis’. Subhanallah...Nak tau ’propolis’ tu apa? Apa kata jom baca buku ni...

Buku ni boleh didapati di laman web Harun Yahya sendiri dalam bentuk softcopy samada dalam format *.pdf mahupun Microsoft word. Insya Allah boleh diperolehi dalam pelbagai terjemahan bahasa. Bagi yang mungkin lebih suka membaca dalam bentuk hardcopy, Insya Allah boleh perolehi di toko-toko buku atau boleh order online di laman web Harun Yahya sendiri tidak pun save dalam bentuk softcopy kemudian print.

Wednesday, September 10, 2008

Stories of New Muslims

“Stories of New Muslims” menceritakan bagaimana dan mengapa 26 orang saudara kita revert to Islam. Bagaimana pencarian mereka dalam mencari kebenaran mengenai Tuhan, agama yang benar, cara hidup yang membawa kepada ketenangan dan sebagainya.

Kebanyakan mereka berasal dari keluarga yang beragama kristian, ada yang berasal dari Judaism dan ada yang merupakan atheis. Subhanallah cantiknya susunan Allah S.W.T ke atas setiap hamba-hamba-Nya yang berhajatkan kepada kebenaran. 26 orang saudara seIslam kita terdiri dari 15 orang muslimah dan 11 orang muslimin iaitu:

Sisters

Ms. Afrah Alshaibani
C. Huda Dodge
Um-Khalthum (Celine)
Ms. Helena
Ms. Jewelle
Ms. Kaci Starbuck
Ms. Karima Slack Razi
A Canadian Woman (tidak dinyatakan namanya)
Ms. Malaak
Michelle
Ms. Natassia M Kelly
Sister Penomee
Mrs. Shariffa Carlo
Ms. Sumaya Fannoun/Erin
Ms. Themise Cruz

Brothers

Mr. Christopher Shelton
Mr. David Pradarelli
Mr. Ibrahim Karlsson
Mr. Kusmari Rendrabwana
Mr. Malik Hassan
Mr. Michael Yip
Mr. Nuh Keller
Mr. Rob Wicks
Mr. Samir
Mr. Yahiye Adam Gadahn
Mr. Yusuf Islam ( formerly known as Cat Stevens

Buku ni setebal 114 muka surat, buku percuma yang di edarkan oleh ’Conveying Islamic Message Society’, Mesir. Tapi buku ni ana download dalam bentuk pdf format dari laman web Scribd. Boleh click kat gambar di atas untuk download.

Friday, August 29, 2008

Who Moved My Cheese?

“Who Moved My Cheese?” merupakan salah satu kategori buku motivasi. Ana biasanya mencari buku-buku motivasi untuk dibaca bila ketandusan idea especially bila nak tulis kertas kerja or nak buat programming. Sebagai inspirasi dan tuk naikkan semangat dalam buat kerja. “Who Moved My Cheese?” ni sebenarnya menceritakan pasal 4 karakter yang bernama Sniff, Scurry, Haw dan Hem yang keja mereka ni setiap hari cari special cheese. Perjalanan kisah karakter-karakter ni la banyak yang dapat kita pelajari. Antaranya:

Bagaimana kita perlu berubah mengikut situasi dan keadaan semasa?
Bagaimana mengatasi rasa takut bila berhadapan dengan situasi-situasi yang sedang berlaku dan bakal berlaku samada dalam kerjaya kita ke dalam kehidupan kita ke atau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Bersediakah kita berhadapan dengan sebarang perubahan dalam kehidupan kita?
Adakah kita masih nak berada di tapuk lama atau kita berubah mengikut situasi dan menjadikan situasi itu lebih menarik?

Banyak yang boleh di ambil pedoman dari buku motivasi ni. Alhamdulillah, rasa bersemangat nak continue kerja. Good Luck for everyone!

Pastikan jangan lupa check diri kita pada kedudukan siapa. Si Sniff ke Si Scurry ke Si Haw ke Si Hem?

“Life is no straight and every corridor along
which we travel isn’t free and unhampered,
but is a maze of passages,
through which we must seek our way,
lost and confused, now and again
checked in a blind alley.

But always, if we have faith,
God will open a door for us,
Not perhaps one that we ourselves
would ever have thought of,
But one that will ultimately
prove good for us.”



A. J. Cronin

Duhai Teman Sejatiku…


Buku comel yang sarat dengan santapan rohani buat teman sejati nukilan Fatimah Syarha sangat menyentuh hati. Walaupun diulang-ulang tidak terasa jemu, seolah-olah teman sejati berkata-kata denganku. Apa yang tercatat di dalam buku ini juga turut terkandung dalam novel ”Tautan Hati” nukilan sahabiah yang daku cintai, Fatimah Syarha. Ana petik secebis doa yang tercatat buat semua teman sejatiku di luar sana. Teman sejati yang sentiasa dirindui dan diingati...



"Ya Allah
Tatkala bahang Mahsyar-Mu
Menjilat Tubuh
Izinkan kami sama-sama berteduh
Tatkala mizan-Mu teliti mengira
Beratkan neracanya atas setiap jasa
Naungi kami di sana
Berkat kasih kerana-Mu semata
Andai kulayak ke syurga
Ku pinta dia bersama.”

Monday, August 18, 2008

SYABAB Musafir Kasih

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah akhirnya dapat juga ana miliki novel karya sahabiah yg sgt ana rindui, Fatimah Syarha. Dalam perjalanan menemui 'rinduku', Fatimah Syarha; ana dihadiahkan novel ni oleh si penulis. Jazakillah ya Ha.
Alhamdulillah hari 14.8.2008, ana habiskan pembacaan novel "SYABAB Musafir Kasih" yang sarat dengan pengajaran, kasih sayang, unsur2 agama;dakwah dan tarbiyah dll.
Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim yang bernama Syabab yang penuh onak dan duri. Kehidupannya menjadikan dia tabah dan matang. Walaupun dicaci, dihina namun masih ada yang sudi menyayangi dirinya. Nur Mumtazah, seorang penuntut universiti tempatan yg juga jiran Syabab; tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar padanya.
Acapkali perhatian yang diberikan pada Syabab membuatkan adik kandung Nur Mumtazah, Najihah cemburu dan iri hati. Sikapnya terbawa-bawa hingga dia melanjutkan pelajaran ke bumi Damsyik.
Sesungguhnya hati kita semua milik Allah. Akhirnya perasaan benci Najihah pada Syabab bertukar kepada sebaliknya. Teringat ana pada kata-kata Saidina Umar Al-Khattab (tak silap ana, tolong betulkan kalau salah) lebih kurang begini bunyinya, "Bencilah kita pada seseorang itu sekadarnya dan begitu juga sayang kita pada seseorang; kerana jika kita terlalu membenci seseorang itu boleh jadi suatu hari kita akan menyayanginya.." Wallahu'alam..
Siapakah pilihan Syabab sebagai suri hidup serta teman seperjalanan dalam meneruskan dakwah dan tarbiyahnya pada masyarakat kampung? Najihah atau cucu Syeikh Sobir, Hunaidah (gadis kota Damsyik)?
Ana tak nak hurai lebih-lebih nanti hilang feel pembaca..Walaupun novel ini bisu tetapi sebenarnya seolah-olah berkata-kata dengan pembaca..Tersentuh hati ana..
Ana tujukan puisi dari kota Damsyik, khas buat semua Syabab (Pemuda) di bumi Allah. Moga puisi nukilan sahabiah yang ana cintai, Fatimah Syarha ketika di Syria menjadi pedoman dan titik perubahan buat semua yang bergelar Lelaki:
LELAKI...
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Assadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama.
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.
Srikandi,
Damsyik, Syria.

Sunday, August 10, 2008

Tautan Hati

Alhamdulillah selesai jua ana membaca novel islami, Tautan Hati. Sepanjang pembacaan novel penulis banyak membuatkan bibir ana sentiasa berzikir pada-Nya. Subhanallah seolah-olah ana berada di Ma’had AtTarbiyah al-Islamiyah bila di gambarkan sedikit sebanyak suasana Sekolah Menengah Taman Islam. Penyampaian Dr.Izzul buatkan ana terasa mendengar penyampaian Bro.Azman. Dan banyak lagi.

Penulis yang ana cintai, Fatimah Syarha menggambarkan realiti sebenar yang berlaku di sekitar kita. Memandangkan penulis merupakan pelajar pengkhususan psikologi so sedikit sebanyak ada penghuraian mengenai psikologi. Tapi menarik, terdapat juga ilmu perbandingan agama di selit-selit, cara-cara seorang da’ie mendekati mad’unya, adab-adab kehidupan seharian, pemilihan calon suami mahupun isteri mengikut sunnah Rasulullah SAW dan sebagainya.

Yang paling utama ialah ukhuwahfillah. Bila semuanya kerana Allah; bertemu tidak jemu, berpisah tidak akan gelisah. Indahnya ukhuwah kerana Allah. Surat Elya Khadeeja buat Asiah Yusra dalam menghadapi cabaran dakwah membuat hati ana tersentuh:

TAMAN ISLAMKU

Ku renungi hari-hari esok di Taman Islam ini kian suram dan penuh persoalan. Terasa dahsyatnya gegaran yan melanda di taman indah milik kita ini. Ada nada kesal sering bertamu di hati. Cemas dengan keasyikan dan kealpaan kita melewati hari-hari yang berlalu tanpa henti, hinggakan kita menjadi generasi Taman Islam yang kian runtuh. Ke manakah hilangnya kekuatan mujahadah yang sering kita tuturkan?
Mengapa kita tidak bisa memelihara kemeriahan taman ini dengan kesuburan nur iman dan ukhuwah? Malah kita hanya perlu untuk meneruskannya bukan seperit untuk mewujudkannya seperti generasi awal terdahulu. Hari semakin hari, kita semakin jauh dari Ilahi. Kemegahan kita sebagai genereasi yang berpegang pada kalimah ar-Rahman selama ini, bisa lenyap dan berkubur entah esok atau lusa, malah hanya dalam sekelip mata.
Entah bila persoalanku ini bisa terurai. Selagi qudwah hasanah tidak menjadi mahkota kebanggaan kita, selagi itulah Taman Islam ini akan terus hilang identitinya, runtuh dan kian runtuh! Kenapa hari ini taqwa bukan lagi pakaian kita? Malu bukan lagi hiasan dan ilmu bukan lagi hasil kita? Adakan semua ini sudah tidak cocok dengan naluri kita yang hidup dalam arus globalisasi? Tidakkah kita sedar, nilai-nilai yang ada di sini menepati nilai-nilai Islam. Ketahuilah, nilai-nilai Islam adalah nilai-nilai yang terus unggul untuk dipertahankan hingga ke akhir zaman biar sehebat mana pun zaman berubah.
Siapa lagi yang harus mengubah kemelut penghuni Islam yang sudah kurang mngenali identiti Islaminya? Mampukah helaian bisu ini mengubah keadaan? Jawapan bagi persoalan ini ada pada diri kita sendiri. Malulah kepada Allah kerana sanggup mencalitkan najis ke taman kudus ini dengan mengasingkan diri dari etika Islam yang diperjuangkan. Sanggupkah kita menjadi golongan peruntuh itu?
Sedarlah ikhwah dan akhowat,
Generasi Taman Islam adalah generasi pembentuk keperibadian Islam dalam masyarakat nanti. Masyarakat memerlukan sumbangan kita. Kalaulah generasi da’ie seperti kita turut lemas dan terumbang-ambing dengan kemelut nafsu dan syaitan sebagai penasihatnya, bagaimana kita mampu membina kecemerlangan sebuah masyarakat berperibadi Islam? Siapakah yang harus mereka contohi?
Kita tidak mahu masyarakat kita nanti, cemerlang akademik dan ekonominya sahaja namun kontang dari segi iman dan akhlak. Jika perkara bergini terjadi, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat Islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. Masakan tidak, jika asas pentarbiahan umat Islam serapuh ini, impian hanya akan tinggal mimpi.
Mungkinkah pada hari esok masih menjanjikan sinar untuk kita menggembalikan kegemilangan Taman Islam. Kalu bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan di dini di mana lagi?

Elya Khadeeja.


Thanks Sahabiah yang daku cintai, Fatimah Syarha. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, July 23, 2008

In The Early Hours: Reflections on Spiritual and Self Development

Penulis In the Early Hours sets out the goals that useful for us as Believer - to seek a good pleasure of Allah. Insya Allah dari buku ni kita dapat praktikkan sedikit sebanyak sebagai panduan hidup dalam perjalanan kita menemui Kekasih tercinta, Allah SWT.

Atas permintaan adik-adik kat sini, ana baru terjemah chapter one. Sekarang tengah busy sikit so tergendala aktiviti menterjemah bahan-bahan berbahasa Inggeris ke bahasa Melayu. InsyaAllah ana akan sambung bila berkesempatan.

Pudarnya Pesona Cleopatra

Pudarnya Pesona Cleopatra ni memuatkan two short novels, Pudarnya Pesona Cleopatra dan Setitis Embun Cinta Niyala.

Pudarnya Pesona Cleopatra mengisahkan seorang pemuda yang mengahwini seorang wanita kerana kemahuan ibunya tanpa ada sedetik pun rasa mawaddah or cinta pada wanita tersebut. Baginya kecantikan wanita-wanita mesir tidak ada tolok bandingannya berbanding wanita jawa yang padanya tidak mampu melawan kecantikan wanita mesir yang persis cleopatra.Kenapa?
This short Novel mengingatkan ana pada firman Allah SWT:
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan." [QS24. Annur ayat 30]

Kita mungkin rasa sesuatu itu baik utk kita padahal bagi Allah ia adalah buruk untuk kita begitu juga sebalik-Nya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita. So hargailah orang di sekeliling kita. Jalankan amanah Allah yang telah kita terima bila dilafaznya aqad nikah.wallahu'alam.
Setitis Embun Niyala mengisahkan seorang wanita yang bernama Niyala dalam persimpangan antara mengahwini seorang lelaki jahat yang bernama Roger dan hutang-hutang yang membelenggu ayahnya...
Tak yahla hurai lebih-lebih...Selamat membaca!

La Tahzan = Don't Be Sad = Jangan Bersedih

Alhamdulillah banyak pengajaran dan iktibar yang boleh di ambil dari pembacaan buku ni. Hidup kita tak selalunya indah or not everytime kita berada dalam comfort zone. Ana suggest buku ni to all of you tak kisahla yang tengah sedih ke tak sedih ker baca buku ni tuk learn something about your life. Ingatlah Allah sentiasa bersama kita. Setiap kesulitah itu pasti ada kemudahan. Allah uji kita sebab dia nak kita sentiasa ingat pada-Nya.

Syukran Ust Isyraq coz let me borrowed your book. Actually ada dalam simpanan ayah ana but 5 years kat tempat orang so tak sempat nak menjenguk library ayah yang selalunya ada 2 versi; 1 english and 1 malay language. Noraine Abu is the best translator esp here. So isi kandungan tak lari pada yang asal.

Priests Embracing Islam

Buku ni actually ana download dari Islamic-invitation web. Versi melayu pulak ana dapat dari comparative religion class. Ada 12 story about paderi-paderi (priests) yang revert to Islam n why they choose Islam. Yusuf Estes is one of the famous person, banyak laman web yang kita boleh dapati kepunyaan Yusuf Estes esp tuk berdakwah n so on. Moga Allah sentiasa merahmati mereka.

Download this book :

Priests_Embracing_Islam_en.rar

Tuesday, July 22, 2008

Di atas Sajadah Cinta

Di atas Sajadah Cinta ni just a big title sebab dalam buku ni tekumpulnya kisah-kisah teladan Islami yang pendek-pendek je. Semuanya 38 cerita pendek.

Cerita yang bagi ana ok juga

Kisah pertama memang bertajuk Di atas Sejadah Cinta. Kisah tentang si Zahid yang zuhud, suatu hari Allah campakkan rasa kasihnya pada pada makhluk-Nya yang bernama Afirah. Zahid takut dengan ujian Allah SWT itu, even majoriti masyarakat sekarang mungkin rasa tak apa-apa tapi sebenarnya mengapa-apakan. Takutnya dirinya bila ada sedetik tempat di hatinya pada makhluk ciptaan-Nya. Afirah pula dari kasih kepada manusia menjadikan dia mengenal cinta Rabb yang Maha Esa. Bacala ye..

Kisah yang ketiga puluh satu Ketika Cinta Berbuah Syurga. Cerita tentang perjalanan seorang anak raja dalam memilih sahabat sejati.

Selamat Membaca!

Ketika Cinta Bertasbih Episod 1

Huhuhu...buku ni baca sekerat je tak habis baru bab 20..nak kena beli la...

Dalam Mihrab Cinta

Dalam Mihrab Cinta pun just a big title je. Novel ni terbahagi pada 3 kisah. Cerita yang first tajuknya Takbir Cinta Zahrana, yang secondnya Mahkota Cinta dan yang terakhirnya Dalam Mihrab Cinta sendiri.

Tak payahla ana hurai..ceritanya ok juga...a lot of moral values..

Tak silap ana moralnya apa pun berita yang sampai pada kita semua kita kena selidik dengan baik. Kena view semua pihak, tak boleh dengar sebelah pihak saja. Nanti jadi berat sebelah.

Orang yang kita rasa dia buat salah even sebenarnya tak salah or memang dia buat salah kita kena bimbing dia baik-baik. Jangan sebab penghinaan kita dan layanan kita pada orang tu jadikan dia lebih teruk. So nak jadi daie tak boleh berputus asa dengan mad’u nya jangan sampai keluar kalam ’dia ni teruk, tak boleh nak ubah dah’. Jangan sampai macam tu sekali. Doakan senjata orang mukmin.

Satu lagi doa orang teraniaya makbul tau. So ana nak announce, ana minta maaf kat semua if memang ada ana terkata ke terumpat ke terkutuk ke terapa-apa je la..Maaf ye.. (bukan tunggu raya baru nak minta maaf)

Mahkota Cinta

Takbir Cinta Zahrana

Novel ni so far ok juga but certain words ana tak berapa faham coz banyak jugala penggunaan Bahasa Indonesia. Anyway thanks for Faisal, PhD student kat lab ana ni coz dia la banyak bagitau apa maksudnya (He is an Indonesian). Thanks my friend.

Cerita ni pasal sorang lecturer bidang teknikal tak silap engineering name Zahrana, age around 34 but still single n available. Dah de ijazah sarjana n so on. Umurnya yang meningkat dan kawan-kawan sekeliling yang dah kawin serta ada anak. Sometimes buat Zahrana rasa menyesal, desperate n so on. Orang tuanya yang juga risau dengan keadaannya. But dalam soal nak pilih pasangan pun kena teliti juga even umur meningkat if that person yang datang tu tak ada ciri-ciri yang Rasulullah SAW pesan baik tolak je risikan or pinangan. Terburu-burukan tak elok.

Atlast, jodoh Zahrana dengan bekas student dia sendiri even beza umur 4 tahun. Student dia ofcourse la muda. See jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua ketentuan Allah SWT. No need to worry even people around us banyak dah kawin ( hehehe…coz ana selalu je kena tanya soalan cepu emas..Budak-budak lab ni de je yang bebel kat ana ‘hai ..belajar tinggi-tinggi takkan calon tak dak lagi. Jangan lambat-lambat nanti orang takut bila education dah high level’… adeh..kome ni memang tak dak keja lain) …

Moralnya:

Letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah SWT

Berdoa selalu pada Allah SWT. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan sebab ramai kawan-kawan kita yang dah kawin kita jadi desperate plak sampai grab je anyone yang datang.Bukan tuk perempuan je tau lelaki pun sama.Kawan-kawan hampa ramai kawin hampa pun kalut cari tak kira sapa dah (alamak terkeluar cakap utara)....nauzubillah..

Jangan Terburu-buru

Sometimes we need to be choosey esp for our deen, life and future. Apa yang hilang, Allah SWT gantikan yang lebih baik. Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada sebabnya. Sebab apa kita tak ada jodoh dengan seseorang tu? Sebabnya orang tu bukan yang terbaik untuk kita dan kita bukan yang terbaik untuk orang tu kerana Allah dah takdirkan kita terbaik untuk orang lain begitu juga orang yang tak ada jodoh dengan kita sebabnya dia juga terbaik untuk pasangannya saja. Wallahu’alam.

Selebihnya kena baca sendiri untuk tau kisah dan watak-watak lain dalam cerita ni…

Click je kat bawah tuk download:

Ayat-Ayat Cinta

Novel ni dapat pengiktirafan the best Seller. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan turut memuji penggunaan bahasa dalam novel ayat-ayat cinta. Bahasa yang digunakan adalah bahasa tinggi yang dapat di fahami oleh semua rumpun melayu tak kira la dari Malaysia ke Indonesia.

Ana ulas sikit pasal novel Ayat-ayat Cinta ni. As we know novel ni ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy yang di lahirkan pada 30 September 1976. Beliau adalah lulusan ijazah sarjana dari Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir.

Ayat-ayat Cinta merupakan novel yang mempunyai sentuhan yang sangat berlainan berbanding kebanyakkan novel-novel melayu yang berada di pasaran. Bagi ana, ia bukan setakat Islamic Novel but more than that. Ayat-ayat Cinta combined Islamic Novel, Love Story Novel and Cultural Novel in one novel.

Watak utama novel ni ialah Fahri bin Abdullah Siddiq, seorang pelajar Universiti Al-Azhar yang berasal dari Indonesia.

Pasangannya pula ialah gadis berpurdah bernama Aisha, gadis Jerman berketurunan Palestin yang juga belajar di Mesir.

Watak-watak lain ialah Maria, jiran kepada Fahri yang beragama Kristian Ortodoks yang menghafal surah Maryam dan lain-lain, Nurul, pelajar dari Indonesia, Noura gadis mesir yang sering diseksa oleh keluarganya sendiri terutama ayahnya si Bahadur dan Alicia perempuan dari Amerika yang akhirnya memeluk Islam. Watak-watak sampingan lain tak payahla ana cerita…

Moral values:

Pengurusan Masa

Fahri merupakan pelajar yang sentiasa sibuk selain daripada belajar, dia juga mempunyai kerja sampingan iaitu menterjemah buku-buku Arab ke dalam bahasa Indonesia disamping menulis buku tulisannya sendiri. Dia mempunyai visi atau target yang perlu dicapai dalam jangka masa panjang dan juga jangka masa pendek. Moralnya, pelajar terutamanya macam ana ni mestila bijak membuat perancangan sewaktu belajar

Menghormati penganut agama lain

Fahri dan keluarga Maria berjiran walaupun bukan sebelah rumah tapi mereka merupakan jiran yang rapat. Mereka hidup dalam keadaan saling bantu-membantu. Fahri sering menolong Maria dengan membelikan barang-barang yang dipesan oleh Maria apabila Fahri mahu keluar menuntut ilmu atau sebaliknya. Maria juga turut membantu Fahri menterjemah buku yang hendak diberi kepada Alicia. Ketika Fahri jatuh sakit, ibu Maria yang merupakan seorang doktor turut merawat Fahri.

Sikap ini juga ditunjukkan oleh Aisha gadis berpurdah yang memberikan tempat duduknya kepada wanita tua dari Amerika (ibu kepada Alicia) ketika penumpang-penumpang metro (sejenis tren di Mesir) yang lain hanya membiarkan wanita tua tersebut berdiri di dalam metro. Bahkan mereka memarahi dan mencaci Aisha kerana memberi tempat duduk kepada wanita tua warganegara Amerika itu atas alasan mereka orang Amerika.

Jaga batas ikhtilath

Di gambarkan bagaimana Fahri begitu menjaga batas hubungan dengan bukan mahram. Ini ditunjukkan di mana apabila keluarga Maria itu membawa Fahri dan rakan-rakan serumah pergi makan malam, dan Maria mengajak Fahri untuk menari, lalu Fahri menolak dengan cara baik serta menerangkan hukumnya di sisi Islam.

Ini juga ditunjukkan apabila Fahri mengelak utk bersalaman atau shake hand dengan Alicia ketika di dalam metro sewaktu Alicia mengucapkan terima kasih kepada Fahri; kerana menasihati penumpang-penumpang di dalam metro atas tindakan kurang sopan mereka kepada pelancong dari Amerika.

Tolong-menolong

Pada malam Noura didera ayahnya, Fahri telah menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada Maria menyuruhnya turun membantu Noura.

Setia kepada pasangan

Di gambarkan bagaimana setianya Aisha kpd Fahri walaapun Fahri dikenakan tuduhan memperkosa Noura.

Sebenarnya banyak lagi moral values dalam novel ni, apa kata beli buku ni.Nak download softcopy ade je kat bawah. Click je but some people feel tedious baca tru computer..penat mata wooo...

Versi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia